Home

KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

ADAB DAN JAWI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha bereterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikn sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara “

Sumber : Akta Pendidikan 1996(Akta 550)

FOKUS BIDANG ADAB DAN JAWI KSSR PENDIDIKAN ISLAM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam terdiri daripada tujuh bidang utama, iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi. Penekanan yang sama diberi kepada semua bidang-bidang tersebut mengikut kemahiran yang telah digariskan dan perlu dicapai oleh murid di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Bidang Adab, murid dibekalkan dengan konsep asas Adab Islamiyah sehingga murid berkebolehan untuk merumus dan mengamalkan adab secara istiqamah dalam kehidupan harian. Bidang Jawi, murid dibekalkan dengan kemahiran menyebut, membaca dan menulis huruf-huruf jawi, suku kata, perkataan dan teks jawi sehingga murid berkebolehan membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran setiap bidang dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid akan dipastikan dapat mencapai beberapa standard penguasaan yang telah ditetapkankan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Terdapat enam tahap standard penguasaan yang perlu difokuskan oleh guru untuk dicapai oleh murid, iaitu tahap ilmu, amali, amalan, iltizam, penghayatan dan pentabiatan. Tahap penguasaan yang paling tinggi perlu dicapai setelah berlakunya interaksi antara guru dan murid adalah tahap pentabiatan, iaitu, murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkahlaku serta mempamirkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertaqwa dan boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain.